'Hubungan sangat istimewa, ibarat ayah dengan anak lelaki' - Akmal

Dr Akmal (kiri) berkongsi gambar moreh bersama Ahmad Zahid di Facebooknya.
Dr Akmal (kiri) berkongsi gambar moreh bersama Ahmad Zahid di Facebooknya.
A
A
A

MELAKA - Walaupun dilihat lantang bersuara dalam parti namun hubungan antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat berada dalam keadaan baik.

Menerusi hantaran di Facebook, Dr Akmal berkongsi gambar pertemuannya bersama Ahmad Zahid dengan kapsyen ‘moreh time with presiden’.

Dr Akmal menyifatkan hubungannya dengan Ahmad Zahid sangat istimewa, ibarat hubungan ayah dan anak lelaki.

“Hubungan ayah dengan anak lelaki ini sangat istimewa. Tidak perlu hari-hari berjumpa, tetapi apabila bertemu banyak perkara yang dapat diluahkan dan disepakati bersama.

“Itu indahnya keluarga UMNO. Kita menyatupadukan, bukan memecah-belahkan ummah,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Pada Perhimpunan Agung UMNO lalu, Ahmad Zahid secara terbuka meluahkan rasa kasih dan sokongannya terhadap Dr Akmal yang dianggap sebagai pemimpin muda yang lantang dan kadangkala ‘nakal’.

Namun kelantangan itu disifatkan sebagai sebahagian daripada perjuangan membawa isu-isu akar umbi.

Malah, Timbalan Perdana Menteri itu menggunakan kata ganti ‘ayahanda’ ketika menitipkan pesan kepada Dr Akmal yang dianggap seperti anak, sambil menegaskan beliau tidak menghalang pemimpin muda itu untuk terus bersuara bagi memperjuangkan suara akar umbi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Hubungan antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sangat baik
  • Dr Akmal berkongsi gambar pertemuannya bersama Ahmad Zahid di Facebook dengan kapsyen 'moreh time with presiden'
  • Dr Akmal menyifatkan hubungannya dengan Ahmad Zahid sebagai sangat istimewa, ibarat hubungan ayah dan anak lelaki
  • Dalam Perhimpunan Agung UMNO, Ahmad Zahid meluahkan rasa kasih dan sokongan terhadap Dr Akmal
  • Ahmad Zahid menggunakan kata ganti 'ayahanda' ketika berkongsi pesan kepada Dr Akmal, menegaskan sokongan terhadap suara akar umbi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!