UMNO bukan nak jadi 'abang besar' dalam Rumah Bangsa - Akmal Saleh

Akmal Saleh.
Akmal Saleh.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mengkritik kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa cadangan penubuhan Rumah Bangsa Malaysia oleh UMNO sebagai usaha parti itu untuk kembali berkuasa dan menjadi 'abang besar' dalam politik Melayu sebagai tidak tepat.

Sebaliknya Ketua Pemuda parti berkenaan, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menjelaskan, konsep diperkenalkan bertujuan menyatupadukan orang Melayu yang banyak terpecah.

"Tiada langsung kenyataan Rumah Bangsa ni untuk sesiapa menjadi 'abang besar', malah kenyataan presiden UMNO menyatakan penyatuan tanpa syarat lagi kerana kepentingan menyatukan agama bangsa ini melebihi dari kepentingan individu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Pada Rabu, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah mendakwa cadangan tersebut disifatkan sebagai usaha parti itu mendekati kembali parti-parti Melayu selepas berdepan tekanan politik.

Beliau turut menyindir UMNO hanya mencari orang Melayu apabila terdesak dan melupakan sewaktu senang.

Mengulas perkara tersebut, Dr Muhammad Akmal mendakwa perpecahan yang berlaku ketika ini bukan disebabkan oleh rakyat, sebaliknya berpunca daripada sikap pemimpin itu sendiri.

“Rakyat mahukan kuasa Melayu Islam menjadi kuat dan tidak terpecah itu agenda sebenarnya.

“Rupanya yang berpecah ini bukan rakyat,tetapi pemimpin yang masih lagi ego. Jika ego masih lagi menebal,berpecah lah bangsa kita selamanya.

“Kepentingan agama bangsa melebihi kepentingan parti politik,” tegas beliau.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Pemuda UMNO mengkritik kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi yang salah tafsir konsep Rumah Bangsa Malaysia
  • Konsep ini bertujuan menyatupadukan orang Melayu yang terpecah
  • Penyatuan tersebut diutamakan tanpa syarat demi kepentingan agama dan bangsa, bukannya posisi politik atau kuasa
  • Sanusi mendakwa UMNO mendekati parti Melayu lain akibat tekanan politik, sambil mencari kesatuan hanya ketika terdesak
  • Perpecahan dikatakan bukan salah rakyat tetapi akibat sikap ego dari pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan parti politik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!