Aidilfitri: PM umum berita baik petang ini?

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang akhbar jam 3 petang ini.
Bagaimanapun, dalam jemputan yang diedarkan kepada Media Putrajaya tidak dinyatakan perincian sidang akhbar tersebut.
Sidang akhbar berkenaan dijangka disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan media sosial rasmi akhbar tempatan.
Sebelum ini, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan Anwar dijangka mengumumkan beberapa lagi berita baik untuk rakyat menjelang sambutan Aidilfitri.
Menurutnya, tujuh langkah intervensi segera telah diumumkan kerajaan bagi meringankan beban rakyat menjelang Syawal.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
