Lelaki maut, adik perempuan hampir putus tangan ditetak

Polis menahan tiga suspek susulan kes seorang lelaki maut manakala adik perempuannya mengalami kecederaan hampir putus di tangan akibat ditetak dalam kejadian di Taman Kempas.
Polis menahan tiga suspek susulan kes seorang lelaki maut manakala adik perempuannya mengalami kecederaan hampir putus di tangan akibat ditetak dalam kejadian di Taman Kempas.
A
A
A

SUNGAI PETANI - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut manakala adik perempuannya mengalami kecederaan hampir putus di tangan akibat ditetak dalam kejadian di Taman Kempas dekat sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa berusia lewat 20-an dilaporkan maut akibat tetakan berulang kali di hadapan rumahnya.

"Kejadian dipercayai berlaku antara jam 12 tengah malam sehingga 2 pagi.

"Difahamkan, mangsa yang cedera dilaporkan mengalami kecederaan di mana tangannya hampir putus," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Hanyan berkata, susulan kejadian, tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang perempuan ditahan bagi membantu siasatan.

"Motif serangan masih dalam siasatan... hubungan ketiga-tiga suspek juga sedang disiasat dan suspek lelaki dikatakan tinggal di kawasan perumahan yang sama dengan mangsa.

"Mayat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses bedah siasat manakala adiknya yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, terdapat beberapa senjata yang dipercayai digunakan suspek ditemui di lokasi kejadian dirampas untuk siasatan lanjut.

Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki maut dan adik perempuannya cedera parah akibat ditetak di Taman Kempas
  • Kejadian berlaku antara tengah malam hingga 2 pagi
  • Tiga suspek telah ditahan oleh polis untuk membantu siasatan
  • Motif dan hubungan suspek dengan mangsa masih disiasat
  • Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!