'Etot akhirnya tinggalkan aku' - Luahan sebak Peguam 'kotak pensel'

peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menerusi satu perkongsian di Tik Tok yang turut mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya.
peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menerusi satu perkongsian di Tik Tok yang turut mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kucing kesayangan milik ‘peguam kotak pensel’ dikenali sebagai Etot dilaporkan mati selepas mengalami masalah kesihatan.

Perkara itu dimaklumkan peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menerusi satu perkongsian di Tik Tok yang turut mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya.

Menurutnya, kehilangan kucing yang itu amat memberi kesan kerana haiwan berkenaan telah lama menjadi peneman dalam kehidupan hariannya.

"Hai kawan-kawan. Aku nak beritahu, aku dah kehilangan Etot. Etot sakit dan akhirnya tinggalkan aku.

“Aku tak tahu macam mana aku nak hidup lagi, bagaimana kami berdua laki bini hidup tanpa Etot," kongsinya pada Isnin.

Bagaimanapun, Ahmad Zaharil memaklumkan, mereka berdua reda dengan kehilangan kucing kesayangan tersebut.

Tambahnya, dia bersyukur kerana pernah diberi peluang menjaga Etot yang dianggap membawa kebahagiaan serta menemani saat suka dan duka.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kucing kesayangan peguam, Etot, mati akibat masalah kesihatan
  • Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mengumumkan kehilangan Etot di Tik Tok
  • Etot dianggap sebagai peneman penting dalam kehidupan Ahmad Zaharil
  • Ahmad Zaharil dan isteri merasa kehidupan menjadi kosong tanpa Etot
  • Mereka berdua reda dengan kehilangan dan bersyukur atas waktu bersama Etot

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!