Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac

KPM memaklumkan sebanyak 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
KPM memaklumkan sebanyak 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini.

KPM memaklumkan sebanyak 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

"Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM 2025 di sekolah masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh tersebut," menurut kenyataan KPM pada Isnin. 

Bagi calon persendirian, KPM memaklumkan mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar bagi memperoleh keputusan peperiksaan.

Menurut kenyataan itu, pihak sekolah diminta memastikan pengurusan penyerahan keputusan kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my bermula 10 pagi, 31 Mac ini hingga 6 petang, 6 April.

KPM memaklumkan semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 dalam tempoh sama.

"Sistem ini akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 31 Mac ini hingga 6 petang, 6 April ini," menurut kenyataan itu. - Bernama 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Keputusan SPM 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini
  • Sebanyak 413,299 calon mendaftar untuk SPM 2025 di 3,350 pusat peperiksaan
  • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh tersebut
  • Calon persendirian harus menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri untuk keputusan
  • Semakan keputusan juga boleh dilakukan secara dalam talian atau SMS dari 31 Mac hingga 6 April

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!