Dewan Rakyat disaran teroka sidang atas talian

Dewan Rakyat
Dewan Rakyat
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Rakyat digesa meneroka kemungkinan mengadakan sidang Parlimen kecemasan secara alam maya atau atas talian bagi membincangkan cara membendung penularan pandemik koronavirus (Covid-19) dan kesannya ke atas ekonomi.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, Malaysia seharusnya mengambil strategi 'apa sahaja diperlukan' bukan sahaja untuk memenangi wabak Covid-19, malah menyelamatkan ekonomi negara selepas pasca wabak tersebut.

“Kita berdepan krisis yang sangat luar biasa dan memerlukan penyelesaian luar biasa. Dalam perang melawan Covid-19, kerajaan perlu meletakkan ekonomi dalam 'koma palsu' tetapi mesti memastikan pesakit terus hidup.

"Dalam keadaan ekonomi pandemik, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek, matlamatnya bukan meningkatkan permintaan tetapi untuk membekukan ekonomi dan untuk rakyat ‘tinggal di rumah dan bertahan’,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dewan Rakyat dijadualkan bersidang pada 18 Mei yang berkemungkinan lewat untuk kerajaan membuat perubahan legistatif kepada Belanjawan 2020.

Setakat ini, Putrajaya komited melaksanakan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM250 bilion sebagai sebahagian daripada pelan suntikan ketika negara berhadapan dengan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

Artikel Berkaitan: