Kerangka perundangan kukuh diperlukan hadapi ancaman siber - PM

Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Jenayah Siber baru-baru ini.
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Jenayah Siber baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu mempunyai kerangka perundangan yang adil, komprehensif dan berkeupayaan menangani keperluan serta cabaran dalam era digital, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau berkata beberapa aspek teknikal berkaitan perundangan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Jenayah Siber yang dipengerusikannya bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang siber secara lebih menyeluruh dan berkesan.

"Seyogia, perkara ini amat penting dan wajar diberi perhatian serius memandangkan persekitaran siber kini merentasi hampir setiap aspek kehidupan, baik pada masa ini mahupun pada masa hadapan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Malaysia perlu kerangka perundangan yang adil dan komprehensif untuk era digital menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Beberapa aspek teknikal perundangan dibincang dalam Mesyuarat Khas Jenayah Siber yang dipengerusikan oleh beliau
  • Tujuannya untuk memperkukuh penguatkuasaan undang-undang siber secara menyeluruh dan berkesan
  • Persekitaran siber merentasi hampir setiap aspek kehidupan, penting diberi perhatian serius
  • Kenyataan ini dibuat melalui hantaran di Facebook oleh Perdana Menteri pada Jumaat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!