Terlewat masuk mesyuarat lima minit, menteri Jepun mohon maaf kepada seluruh rakyat

Seorang menteri Jepun menjadi perhatian dunia apabila aksinya berlari memasuki bangunan kerajaan tular di media sosial selepas beliau tiba lewat lima minit untuk menghadiri mesyuarat Kabinet.
Seorang menteri Jepun menjadi perhatian dunia apabila aksinya berlari memasuki bangunan kerajaan tular di media sosial selepas beliau tiba lewat lima minit untuk menghadiri mesyuarat Kabinet.
A
A
A

TOKYO - Seorang menteri Jepun menjadi perhatian dunia apabila aksinya berlari memasuki bangunan kerajaan tular di media sosial selepas beliau tiba lewat lima minit untuk menghadiri mesyuarat Kabinet pada pagi Jumaat.

Menteri Keselamatan Ekonomi, Kimi Onoda dilihat melompat keluar dari kenderaan sebelum bergegas menaiki tangga dan melintasi kumpulan media dalam usaha mengejar masa.

Rakaman video menunjukkan beliau terus berlari menuju ke bilik mesyuarat sambil ditemani seorang pembantu.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Sanae Takaichi sudah bermula ketika kerusi Onoda masih kosong.

Beliau hanya sempat mengambil tempat beberapa minit selepas sesi berkenaan berjalan.

Dalam kenyataan susulan, Onoda menjelaskan, kelewatannya berpunca daripada kesesakan lalu lintas akibat kemalangan jalan raya yang berlaku secara tiba-tiba.

Menyedari kepentingan ketepatan masa dalam budaya Jepun, beliau tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat.

Onoda menegaskan, lazimnya beliau tiba antara 15 hingga 20 minit lebih awal untuk setiap urusan rasmi dan insiden tersebut berlaku di luar jangkaan.

Beliau juga berikrar akan lebih berhati-hati dalam pengurusan masa bagi mengelakkan situasi sama berulang.

Artikel Berkaitan:

Sikap bertanggungjawab Onoda – termasuk tindakan segera memohon maaf menerima reaksi positif daripada masyarakat yang menganggapnya contoh profesionalisme dan etika kerja dalam kalangan pemimpin negara. - Awani 

 

 

Ringkasan AI

  • Menteri Keselamatan Ekonomi Jepun, Kimi Onoda, tular kerana berlari ke mesyuarat Kabinet setelah datang lewat
  • Kelewatan disebabkan oleh kesesakan lalu lintas akibat kemalangan jalan raya
  • Onoda berlari memasuki bangunan dan menaiki tangga sambil ditemani pembantu untuk mengejar mesyuarat yang sudah bermula
  • Onoda memohon maaf secara terbuka kerana datang lewat dan menegaskan kebiasaannya datang lebih awal untuk urusan rasmi
  • Sikap bertanggungjawab dan permohonan maaf Onoda menerima reaksi positif dari masyarakat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!