Minum darah dan makan daging mangsa selepas dibunuh

Perbuatan kanibalisme oleh pelaku turut dirakamkan beberapa penduduk. Foto Agensi
Perbuatan kanibalisme oleh pelaku turut dirakamkan beberapa penduduk. Foto Agensi
A
A
A

BHOPAL - Satu pembunuhan ngeri pada siang hari menggemparkan sebuah komuniti di tengah India.

Kejadian itu berlaku di sebuah perkampungan berhampiran Damoh, Madhya Pradesh pada Khamis lalu.

Pelaku dikenali sebagai Gudda Patel sudah pun diberkas pihak berkuasa selepas dia membunuh remaja lelaki berusia 16 tahun.

Beberapa penduduk turut merakamkan perbuatan kanibalisme yang memaparkan suspek meminum darah dan menjamah daging mangsa dikenali sebagai Bharat Vishwakarma yang sudah tidak bernyawa.

Siasatan awal mendapati Vishwakarma diserang ketika dalam perjalanan mahu meraikan festival tempatan.

"Pada mulanya, Patel memukul mangsa dengan batang besi hingga dia jatuh tersungkur. Dia kemudiannya memukul remaja itu dengan penukul berulang kali hingga maut di tempat kejadian," kata jurucakap pihak berkuasa.

Suspek cuba melarikan diri, namun dihalang penduduk sekitar yang bertindak mengepung sehingga ketibaan polis.

Patel dilaporkan mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah dipenjarakan kerana membunuh isterinya.

Pihak berkuasa kini mempertimbangkan pemeriksaan kesihatan ke atas pelaku untuk mengesahkan sama ada dia mungkin mengalami gangguan mental ketika melakukan pembunuhan tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Pembunuhan ngeri pada siang hari menggemparkan komuniti di tengah India
  • Kejadian berlaku di sebuah perkampungan berhampiran Damoh, Madhya Pradesh
  • Pelaku, Gudda Patel, membunuh remaja lelaki berusia 16 tahun dan melakukan kanibalisme
  • Patel mempunyai rekod jenayah lampau termasuk membunuh isterinya
  • Pihak berkuasa mempertimbangkan pemeriksaan kesihatan mental ke atas pelaku

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!