Kanak-kanak lelaki rentung rumah terbakar

Kebakaran itu melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat yang terbakar 100 peratus. Foto JBPM
Kebakaran itu melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat yang terbakar 100 peratus. Foto JBPM
A
A
A

KUCHING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Sentosa Indah, Sri Aman awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.02 pagi dengan terdapat enam mangsa berada di dalam rumah terbabit semasa kejadian berlaku.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman yang tiba di lokasi mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat yang terbakar 100 peratus,” menurut kenyataan itu.

Pemeriksaan menemukan seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan rentung di tingkat atas rumah dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurut JBPM Sarawak, seorang wanita berusia 41 tahun dan seorang lelaki berusia 65 tahun didapati melecur pada badan dan dihantar ke Hospital Sri Aman.

"Tiga mangsa lain iaitu wanita berusia 40 tahun, remaja perempuan berusia 13 tahun serta remaja lelaki 15 tahun yang melecur pada bahagian kaki telah dihantar ke hospital oleh orang awam,” menurut kenyataan itu.

Punca dan kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Sentosa Indah, Sri Aman
  • JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 3.02 pagi
  • Rumah separuh kekal dua tingkat itu terbakar 100 peratus
  • Seorang wanita 41 tahun dan lelaki 65 tahun melecur pada badan dan dihantar ke Hospital Sri Aman
  • Tiga mangsa lain juga melecur pada bahagian kaki dan dihantar ke hospital oleh orang awam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!