Nekbat ikonik Pantai Timur

Noor Aini (kanan) bersama anaknya, Sharifah Nur Safiyah Syed Shahruddin, 17, menyiapkan tempahan nekbat ketika ditemui di Rantau Abang.
Noor Aini (kanan) bersama anaknya, Sharifah Nur Safiyah Syed Shahruddin, 17, menyiapkan tempahan nekbat ketika ditemui di Rantau Abang.
A
A
A

DUNGUN - Pengusaha, Noor Aini Salleh, 43, bersama anaknya, Sharifah Nur Safiyah Syed Shahruddin, 17, sibuk menyiapkan tempahan nekbat ketika ditemui di Rantau Abang di sini.

Kuih tradisional ikonik Pantai Timur, nekbat terus menjadi pilihan ramai sebagai juadah berbuka puasa dalam kalangan masyarakat di Terengganu dan Kelantan setiap kali Ramadan.

Walaupun berdepan perubahan zaman dan kemunculan pelbagai jenis kuih moden, nekbat tetap mendapat tempat di hati masyarakat kerana rasanya yang unik selain nilai tradisi yang diwarisi turun-temurun.

Noor Aini berkata, pada Ramadan tahun ini beliau menerima tempahan kira-kira 120,000 biji nekbat daripada peniaga dan peminat kuih tradisional berkenaan, termasuk dari Johor, Kuala Lumpur, Kedah serta Perlis. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pengusaha, Noor Aini Salleh, 43, bersama anaknya, Sharifah Nur Safiyah Syed Shahruddin, 17, menyiapkan tempahan nekbat di Rantau Abang
  • Nekbat, kuih tradisional ikonik Pantai Timur menjadi pilihan juadah berbuka puasa di Terengganu dan Kelantan
  • Nekbat kekal popular walaupun zaman berubah kerana rasanya yang unik dan nilai tradisi
  • Pada Ramadan tahun ini, Noor Aini menerima tempahan kira-kira 120,000 biji nekbat dari peniaga dan peminat termasuk dari Johor, Kuala Lumpur, Kedah dan Perlis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!