Spiderman bersamping songket

Jaafar Shah Mohd Ismail, 42, menghiburkan pengunjung dengan memakai kostum Spiderman di bazar Ramadan Jaya Gading, Kuantan. Foto Bernama
Jaafar Shah Mohd Ismail, 42, menghiburkan pengunjung dengan memakai kostum Spiderman di bazar Ramadan Jaya Gading, Kuantan. Foto Bernama
A
A
A

KUANTAN - Penghibur jalanan, Jaafar Shah Mohd Ismail, 42, menghiburkan pengunjung dengan memakai kostum Spiderman semasa tinjauan di bazar Ramadan Jaya Gading.

Lebih menarik, beliau turut menyarung sampin dan bertanjak iaitu sejenis aksesori pakaian tradisional melayu lelaki bagi memeriahkan lagi suasana menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Gelagatnya menarik perhatian pengunjung terutama kanak-kanak dan mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan 'adiwira' tersebut.

Menurut Jaafar Shah, aktiviti menghibur jalanan dilakukan sepenuh masa sejak beberapa tahun lalu dengan pendapatan bergantung ehsan sumbangan orang ramai. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penghibur jalanan, Jaafar Shah Mohd Ismail, memakai kostum Spiderman di bazar Ramadan Jaya Gading
  • Beliau menambah elemen tradisional dengan memakai sampin dan bertanjak
  • Gelagat Jaafar menarik perhatian pengunjung terutama kanak-kanak
  • Pengunjung mengambil kesempatan bergambar dengan Jaafar
  • Jaafar Shah menjalankan aktiviti menghibur di jalanan sebagai pekerjaan sepenuh masa, bergantung kepada sumbangan orang ramai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!