Hospital cari waris jenazah lelaki tidak dituntut

 Pihak Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) sedang mengesan waris bagi jenazah seorang lelaki dewasa yang tidak dikenal pasti identitinya untuk dituntut.
Pihak Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) sedang mengesan waris bagi jenazah seorang lelaki dewasa yang tidak dikenal pasti identitinya untuk dituntut.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pihak Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) sedang mengesan waris bagi jenazah seorang lelaki dewasa yang tidak dikenal pasti identitinya untuk dituntut.

Lelaki tersebut disahkan meninggal dunia di Medical Extention Ward pada jam 1.33 petang 25 Februari lalu dan sehingga kini, tiada waris tampil untuk tujuan pengecaman atau tuntutan jenazah.

Pengarah HQEII, Dr Ferro Firdaus Ibrahim berkata, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga lelaki dalam tempoh terdekat atau mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pihak hospital bagi membantu proses pengecaman.

"Sebarang maklumat mengenai jenazah ataupun waris diminta menghubungi Unit Mortuari HQEII di talian 088-234600 sambungan 4000/4001," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) sedang mengesan waris bagi jenazah seorang lelaki dewasa yang tidak dikenal pasti identitinya.
  • Lelaki itu disahkan meninggal dunia di Medical Extension Ward pada 25 Februari pukul 1.33 petang.
  • Sehingga kini, tiada waris tampil untuk pengecaman atau tuntutan jenazah.
  • Pengarah HQEII, Dr Ferro Firdaus Ibrahim, meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi hospital.
  • Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Unit Mortuari HQEII di talian 088-234600 sambungan 4000/4001.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!