Kedutaan AS di Riyadh diserang dron

RIYADH– Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Riyadh diserang dua dron pada awal pagi Selasa mengakibatkan kebakaran dan kerosakan harta benda.
Kementerian Pertahanan Arab Saudi dalam satu kenyataan di X berkata, ia berlaku ketika serangan peluru berpandu dan dron oleh Iran terhadap negara Teluk yang menempatkan pangkalan tentera AS sedang berlanjutan, susulan serangan AS dan Israel ke atas Iran pada hari Sabtu lalu.
Menurut beberapa sumber, letupan kuat didengar dan api dilihat di kawasan Kedutaan AS di Riyadh, dengan asap hitam di kawasan Diplomatic Quarter yang menempatkan pejabat diplomatik negara lain.
Walau bagaimanapun, dilaporkan tiada sebarang kecederaan memandangkan bangunan itu kosong pada awal pagi.
Sebagai langkah keselamatan, kedutaan mengeluarkan notis 'shelter in place' kepada warganegara AS di Riyadh, Jeddah dan Dhahran, dan menasihatkan mereka menjauhi kawasan kedutaan sehingga notis selanjutnya.
Sehingga kini, jurucakap kedutaan AS dan pejabat media kerajaan Saudi belum memberikan sebarang komen lanjut.
Reuters juga tidak dapat mengesahkan butiran lanjut berhubung insiden ini.
Ringkasan AI
- Kedutaan Amerika Syarikat di Riyadh diserang dua dron menyebabkan kebakaran
- Kementerian Pertahanan Arab Saudi mengaitkan serangan itu dengan tindakan Iran
- Letupan kuat dan asap hitam dilihat di kawasan Kedutaan AS
- Tiada kecederaan dilaporkan kerana bangunan itu kosong
- Kedutaan AS mengeluarkan notis keselamatan kepada warganegara AS di Riyadh, Jeddah dan Dhahran
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

