Misil Iran tangkas elak 10 pemintas roket sebelum kena sasaran

TEHERAN - Satu rakaman tular memaparkan peluru berpandu Iran berjaya mengelak lebih 10 pemintas roket sebelum ia mengenai sasaran.
Insiden itu yang jelas memaparkan kecanggihan misil Teheran turut menerima pelbagai reaksi warganet.
Klip itu dirakamkan dari sebuah teres, namun masa dan lokasi tidak dinyatakan.
Beberapa pengguna media sosial percaya ia merupakan peluru berpandu jarak sederhana jenis Fattah yang mempunyai kepala peledak sangat tangkas, menjadikannya berkemungkinan tinggi untuk mengelak daripada pemintas roket yang dilancarkan oleh sistem pertahanan udara kawasan sasaran.
Versi Fattah-2 dipercayai telah dilancarkan buat pertama kali semasa konflik yang sedang berlangsung, tetapi ia belum disahkan.
Menurut Military Watch Magazine, Fattah-2 menggunakan kenderaan gelongsor hipersonik (hypersonic glide vehicle) untuk mengekalkan kelajuan masuk semula yang jauh lebih tinggi serta mendekati sasaran dari arah yang tidak dijangka.
Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pernah menegaskan misil Fatah menandakan berakhirnya era sistem pertahanan udara yang terlalu dibanggakan Israel.
"Peluru berpandu Fattah yang lincah dan sangat mudah bergerak berulang kali menggegarkan tempat persembunyian Zionis dan menghantar mesej jelas tentang kekuatan Iran kepada sekutu penghasut perang Tel Aviv (Amerika Syarikat) yang terus hanyut dalam khayalan dan andaian palsu mereka," menurut kenyataan itu lagi. - Agensi
Ringkasan AI
- Rakaman tular memaparkan peluru berpandu Iran berjaya mengelak lebih 10 pemintas roket sebelum mengenai sasaran
- Insiden itu memaparkan kecanggihan misil Teheran
- Klip dirakamkan dari sebuah teres, masa dan lokasi tidak dinyatakan
- Peluru berpandu jenis Fattah dengan kepala peledak tangkas, berkemungkinan tinggi mengelak pemintas roket
- Fattah-2 menggunakan kenderaan gelongsor hipersonik untuk mengekalkan kelajuan masuk semula yang tinggi dan mendekati sasaran dari arah yang tidak dijangka
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

