Amaran ribut petir di 7 negeri, KL dan Putrajaya hingga 7 malam

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 7 malam ini. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 7 malam ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Sik, Baling dan Kulim, manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan, manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin; Melaka dan Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
  • Di Kedah, kawasan yang terjejas ialah Sik, Baling dan Kulim
  • Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan
  • Amaran berlaku sehingga 7 malam ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!