Pelajar OKU parah jatuh bangunan sekolah

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dilaporkan cedera parah dipercayai terjatuh tingkat empat bangunan sebuah sekolah di sini dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, Pondok Polis Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) menerima aduan dari Jabatan Kecemasan HSAH berhubung keadaan pesakit lelaki berusia 17 tahun dalam keadaan cedera parah.
"Jadi daripada laporan pertama ini, kita telah membuat semakan dan pemeriksaan yang mana pada pagi tadi, antara jam 8 hingga 9 pagi, seorang pelajar dikatakan telah jatuh dari tingkat empat bangunan pentadbiran sekolah...atasnya ada kelas-kelas pelajar.
"Pihak sekolah memaklumkan semasa kejadian, sedang berlaku penghimpunan pagi di ruang utama....jadi pelajar yang kita sedang siasat ini dikatakan tidak menghadiri penghimpunan terbabit," katanya.
Menurut Hanyan, mangsa yang dipercayai menghidap autisme mengalami patah tangan kiri akibat kejadian.
"Kita telah meneliti dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah, tidak meliputi keseluruhan kejadian tetapi alhamdulillah membantu siasatan.
"Kita akan datang lagi ke sekolah sebab pelajar kebanyakan dah pulang. Kita akan datang balik untuk mendapatkan saksi-saksi mata yang mungkin melihat kejadian, bagaimana kejadian itu berlaku," katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian.
Ringkasan AI
- Pelajar Orang Kurang Upaya cedera parah terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah di Sungai Petani
- Kejadian berlaku pada 12.15 tengah hari Isnin
- Pelajar berusia 17 tahun dikatakan autisme mengalami patah tangan kiri
- Pada masa kejadian sedang berlangsung penghimpunan pagi, mangsa tidak menghadiri
- Polis sedang menyiasat dengan bantuan rakaman CCTV sekolah dan mencari saksi mata
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

