Serangan terhadap Iran akan mengambil masa 4 minggu atau kurang - Trump

Donald Trump. Foto AFP
Donald Trump. Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - [DIKEMAS KINI] Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, pada Ahad bahawa kempen bersama AS-Israel yang dilancarkan pada Sabtu terhadap Iran dijangka berlarutan selama kira-kira empat minggu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Ia sentiasa menjadi proses empat minggu," kata Trump kepada Daily Mail.

"Walaupun ia (serangan) sangat kuat, ia adalah sebuah negara yang besar, ia akan mengambil masa empat minggu - atau kurang," tambahnya.

Kenyataan itu dibuat ketika operasi memasuki hari kedua.

Pasukan AS telah menyerang pusat kawalan Iran, tapak peluru berpandu balistik, kapal tentera laut dan sistem pertahanan udara dalam tempoh 24 jam pertama, dengan mengerahkan pesawat B-2 stealth bombers, jet pejuang, kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear dan kapal pemusnah peluru berpandu, antara aset lain, menurut CENTCOM.

Trump sebelum ini berkata , pemimpin Iran telah terkorban dan operasi berkenaan adalah "mendahului jadual."

Teheran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan negara Teluk. Tiga anggota perkhidmatan AS terkorban dan lima lagi cedera parah sejak operasi bermula. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan kempen bersama AS-Israel terhadap Iran dijangka berlangsung selama empat minggu
  • Operasi ini dilancarkan pada Sabtu dan memasuki hari kedua ketika kenyataan dibuat
  • Pasukan AS telah menyerang pusat kawalan Iran, termasuk tapak peluru berpandu balistik dan sistem pertahanan udara dengan menggunakan pesawat B-2 stealth bombers antara aset lain
  • Trump sebut operasi mendahului jadual dengan pemimpin Iran terkorban
  • Serangan balasan dari Teheran melalui dron dan peluru berpandu menyasarkan negara Teluk, mengakibatkan tiga anggota perkhidmatan AS terkorban dan lima cedera parah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!