10 lelaki main bola ditahan, ingkar PKP

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 10 lelaki termasuk empat remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak koronavirus (Covid-19) Ahad lalu.

Tertuduh, K Mugilan,23; K Ranjit,20, K Sanjai,18; A Uvarajaa,24, A Denarajan,20; Kumaravell,18, mengaku tidak bersalah manakala empat remaja bawah umur berusia 13,15 dan 17 tahun mengaku bersalah di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Mengikut pertuduhan, mereka telah melanggar Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 7, Peraturan sama dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Perbuatan itu dilakukan pada 29 Mac 2020, jam 6 petang di Padang Bola Jalan Anggerik, Taman Marida, Senawang di sini.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes 20 Mei ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak.

Mengikut fakta kes, kesemua tertuduh didapati berkumpul dan bermain bola sepak di padang dan gagal memberi alasan munasabah apabila ditanya polis.

Artikel Berkaitan: