Kan dah kena tangkap, parti tak kena waktu!

Antara yang ditahan selepas didapati terlibat dalam parti hiburan di sebuah homestay di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh hari ini.
Antara yang ditahan selepas didapati terlibat dalam parti hiburan di sebuah homestay di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh hari ini.
A
A
A

IPOH - Tujuh lelaki dan seorang wanita ditahan polis selepas terlibat dalam parti hiburan di sebuah homestay di Jalan Kuala Kangsar di sini, awal pagi tadi.

Mereka berusia lingkungan 15 hingga 24 tahun itu ditahan dalam serbuan sekitar jam 2.50 pagi oleh sepasukan anggota yang menjalankan tugas Ops Cantas Charlie Covid-19.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika serbuan dijalankan, kesemua suspek sedang leka berhibur di sebuah bilik dengan bunyi muzik yang kuat.

"Apabila menyedari kehadiran polis, sekumpulan lelaki dan perempuan yang sedang berhibur cuba melarikan diri mengikut pintu belakang menyebabkan berlaku sedikit pergelutan semasa tangkapan dibuat.

"Ketika ditanya tujuan berkumpul di dalam homestay berkenaan, mereka memberi penjelasan mencurigakan dan tanpa alasan munasabah," katanya.

Menurutnya, kesemua warga tempatan itu mengakui tahu dan faham berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan kerajaan.

"Tangkapan kita lakukan kerana perbuatan itu dipercayai dengan cuai yang mungkin menyebabkan apa-apa jangkitan penyakit yang merbahaya kepada nyawa dan Pelanggaran Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 serta Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Perak 1997.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua tangkapan kini ditempatkan di Lokap Balai Pekan Bharu.

"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah pembesar suara yang digunakan dalam acara berkenaan," katanya.