Perbuatan hina, pijak al-Quran gores maruah Islam - Menteri Agama

ZULKIFLI HASAN
ZULKIFLI HASAN
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius insiden melibatkan seorang pelajar yang menghina Islam di media sosial sehingga mengundang kemarahan ramai ketika ini.

Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, perbuatan tersebut telah menggores maruah umat Islam apatah lagi di bulan Ramadan ini.

"Pihak berkuasa sedang menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk telah menangkap dan mendakwa individu tersebut mengikut lunas undang-undang.

"Semua pihak juga diseru untuk terus menjaga keharmonian yang telah dibina selama ini tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak pelampau yang mahu menggugat keamanan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut sebuah universiti di Pahang di media sosial.

Turut tular gambar lelaki terbabit dan tangkap layar komen menghina Nabi Muhammad SAW.

Susulan itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan polis untuk siasatan kerana disyaki menghina Islam.

Menurut Yahaya, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap penuntut terbabit yang ditahan awal pagi Rabu itu.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serius dengan insiden pelajar menghina Islam di media sosial
  • Perbuatan tersebut menggores maruah umat Islam terutama di bulan Ramadan
  • Pihak berkuasa telah menangkap dan mendakwa individu tersebut mengikut undang-undang
  • Dsieru keharmonian dijaga tanpa berkompromi dengan pelampau yang menggugat keamanan Malaysia
  • Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang ditahan polis atas tuduhan menghina Islam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!