Pergerakan di pasar awam diperketatkan: MPKL

Mohamad Zain A Hamid
Mohamad Zain A Hamid
A
A
A

KUALA LANGAT - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memperketatkan kawalan pergerakan bagi urusan pembelian di pasar awam milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bermula semalam bagi mengelakkan kepadatan pelanggan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Mohamad Zain A Hamid berkata, hanya satu pintu sahaja dibuka dan seorang wakil bagi setiap keluarga dibenarkan membeli barangan keperluan.

Beliau berkata, pelanggan juga perlu memastikan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter daripada pembeli lain.

"Kita turut mengehadkan waktu perniagaan iaitu dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari," katanya melalui kenyataan hari ini.

Mohamad Zain berkata, pembeli digalakkan memakai sarung tangan dan topeng muka manakala peniaga diwajibkan menggunakan kedua-dua alat perlindungan itu sepanjang tempoh berkenaan.

"Kenderaan awam juga tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan pasar awam dan orang ramai diminta mematuhi arahan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan," katanya.

Artikel Berkaitan: