X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki dikebumi bersama Mercedes Benz

Pitso dikebumikan bersama keretanya di tanah perkuburan keluarganya di Afrika Selatan. - Foto Facebook Mfundo Nagata Bongela
A
A

AFRIKA SELATAN - Seorang lelaki dikebumikan bersama sebuah kereta jenama Mercedes Benz sebagai menghormati permintaannya.

Ketua tradisional, Tshekede Pitso, 72, ditempatkan di bahagian pemandu Mercedes-Benz E500 tahun 1990 sebelum dikebumikan dan kuburnya ditempah khas yang memiliki kelebaran tujuh kaki di tanah perkuburan keluarganya di Afrika Selatan, lapor Dailymail.

Anak mendiang, Sefora Letswaka, 49, berkata, bapanya merupakan seorang ahli perniagaan.

"Kira-kira dua tahun lalu dia membeli sendiri Mercedes Benz dan mahu menghabiskan masanya bersama kereta.

Pitso ditempatkan di bahagian pemandu kereta sebelum dikebumikan. - Foto Facebook Mfundo Nagata Bongela
Pitso ditempatkan di bahagian pemandu kereta sebelum dikebumikan. - Foto Facebook Mfundo Nagata Bongela

"Dia berhasrat jika meninggal dunia, mahu membawa kereta itu sekali ke dalam kubur.

"Kami mendengarnya dan menghormati hasratnya. Diharap dia gembira," katanya selepas pengebumian di Kampung Jozana di Sterkspruit yang terletak di Eastern Cape.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus