X

Kindly register in order to view this article
!

Ketua jururawat maut kereta langgar tiang elektrik

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari kereta selepas terbabit kemalangan di Kilometer 5 Jalan Tanjong Karang-Rawang pagi tadi.
A
A

TANJONG KARANG - Seorang ketua jururawat di Hospital Tanjong Karang maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 5 Jalan Tanjong Karang-Rawang di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa, [email protected] Ramly, 40, dilaporkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tanjong Karang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios dari rumahnya di Bestari Jaya hendak ke tempat kerjanya di hospital berkenaan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik tepi jalan," katanya.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ambulans ke Hospital Tanjong Karang.

"Mangsa yang mempunyai seorang anak disahkan meninggal dunia pada jam jam 9.13 pagi tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus