Remaja lemas di Sungai Tengah ditemukan meninggal dunia

Ketika kejadian mangsa yang hanya memakai seluar panjang sedang bermain bersama seorang rakan di tebing sungai sebelum terjatuh ke dalam air. - Foto hiasan
Ketika kejadian mangsa yang hanya memakai seluar panjang sedang bermain bersama seorang rakan di tebing sungai sebelum terjatuh ke dalam air. - Foto hiasan
A
A
A

KUCHING - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Kolong Sungai Tengah, berdekatan Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed di sini pada Jumaat lepas ditemukan meninggal dunia.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan Fahril Zaquan Hasbullah, 16, ditemukan kira-kira 2.7 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diaktifkan.

"Pihak kami menerima makluman awal mayat mangsa ditemukan orang awam. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian bergerak ke lokasi untuk membuat pengesahan,” menurut kenyataan itu.

Mangsa seterusnya dibawa ke jeti Masjid Kampung Tengah Sungai bagi proses pengecaman oleh keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pada Jumaat lepas, operasi SAR dijalankan sejurus laporan diterima pada hari kejadian oleh JBPM Sarawak bersama agensi berkaitan.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang hanya memakai seluar panjang sedang bermain bersama seorang rakan di tebing sungai sebelum terjatuh ke dalam air.

Mangsa dilaporkan hanyut dibawa arus deras selepas gagal diselamatkan rakannya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada penduduk setempat. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Kolong Sungai Tengah
  • Fahril Zaquan Hasbullah, 16, ditemukan meninggal dunia kira-kira 2.7 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana
  • Mayat mangsa ditemukan oleh orang awam sebelum disahkan oleh pasukan mencari dan menyelamat
  • Mangsa dibawa ke jeti Masjid Kampung Tengah Sungai untuk pengecaman oleh keluarga
  • Mangsa bermain di tebing sungai bersama rakan sebelum terjatuh dan hanyut dibawa arus deras

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!