Wanita paling ramai jadi mangsa 'love scam', kerugian cecah RM3.5 juta - JSJK

Rusdi
Rusdi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerugian kes penipuan love scam dalam tempoh sebulan pada Januari tahun ini merekodkan kerugian RM3.5 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, berdasarkan analisis perbandingan statistik, sebanyak 100 kes penipuan love scam dilaporkan pada Januari lalu berbanding 95 kes pada Januari 2025. .

"Jumlah kerugian RM3.5 juta yang direkodkan pada Januari lalu menunjukkan penurunan sebanyak 27 peratus berbanding jumlah kerugian RM4.9 juta pada Januari 2025," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, golongan wanita terus menjadi mangsa teramai membabitkan 60 peratus daripada jumlah kes, manakala 40 peratus ialah lelaki.

Jelasnya, sebanyak 72 peratus mangsa penipuan love scam ini terdiri daripada mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dengan taktik kes penipuan.

"Jika tidak pasti boleh semak di portal Semak Mule PDRM melalui alamat https://semakmule.rmp.gov.my," ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerugian kes penipuan love scam pada Januari tahun ini merekodkan RM3.5 juta
  • Sebanyak 100 kes penipuan love scam dilaporkan pada Januari lalu
  • Jumlah kerugian menunjukkan penurunan 27 peratus berbanding RM4.9 juta pada Januari 2025
  • Golongan wanita terus menjadi mangsa teramai dengan 60 peratus daripada jumlah kes
  • Mangsa penipuan love scam terdiri daripada mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun sebanyak 72 peratus

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!