'Pandangan mereka perlu berubah, dapatkan gambaran sebenar tentang Pas'

SHAH ALAM - Pas mengalu-alukan semua pihak yang ingin menjalinkan kerjasama dengan parti itu.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas bukan parti baharu dalam negara dan perkara itu jelas dalam pelbagai kerjasama politik sebelum ini.
Menurutnya, pendekatan parti tersebut perlu difahami oleh semua kerana tiada perkara yang perlu ditakuti, sekiranya mereka ikhlas untuk membangunkan negara.
"Pas tidak perlu berubah, tetapi pandangan mereka perlu berubah dengan mendapatkan gambaran sebenar tentang Pas.
"Banyak maklumat dikutip daripada musuh yang cuba menakutkan pengundi bukan Melayu kepada Pas," katanya kepada Sinar Ahad.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Penerangannya, Neow Choo Seong.
Choo Seong sebelum ini menyatakan MCA tidak berdepan sebarang masalah untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas susulan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyatakan penyatuan Melayu antara dua parti terbesar (UMNO dan Pas) perlu segera dimulakan di Melaka sehingga PRU16.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menegaskan, sebarang keputusan berkaitan kerjasama mesti dibincang secara rasmi oleh parti masing-masing.
Ringkasan AI
- Pas mengalu-alukan kerjasama dengan semua pihak
- Timbalan Presiden Pas menjelaskan parti itu berpengalaman dalam kerjasama politik
- Pendekatan Pas patut difahami dan tidak ditakuti untuk membangunkan negara
- Pandangan terhadap Pas perlu berubah, bukan Parti Pas itu sendiri
- Keputusan kerjasama perlu dibincang secara rasmi oleh parti yang terlibat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
