Kerajaan pantau situasi banjir di Sabah – Hajiji

Anggota penyelamat melakukan pemantauan di kawasan terjejas banjir di Sabah.
Anggota penyelamat melakukan pemantauan di kawasan terjejas banjir di Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sedang memantau rapi situasi banjir di kawasan yang terjejas.

Beliau berkata, semua sumber yang ada sedang digerakkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah untuk menyalurkan bantuan dan membantu mangsa di kawasan terjejas.

"Saya telah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana untuk mengaktifkan jentera bagi memastikan bantuan segera disalurkan kepada mereka yang memerlukan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Hajiji berkata, menurut JPBN seramai 336 individu daripada 111 keluarga telah dipindahkan ke lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Marudu dan Pitas.

"JPBN juga sedang memantau situasi di Sandakan dan Paitan," katanya.

Penduduk di kawasan rendah dan berisiko tinggi dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada
Penduduk di kawasan rendah dan berisiko tinggi dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berisiko tinggi supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan susulan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Sementara itu, dalam perkembangan lain, sumbangan daripada kerajaan negeri turut disalurkan kepada 16 mangsa yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Tanjung Aru pada Rabu lalu.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya dan Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), Datuk Diyanah Abdullah menyampaikan sumbangan tersebut di PPS Kampung Sembulan.

 

 

Ringkasan AI

  • Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menjamin kerajaan negeri sedang memantau situasi banjir
  • Sumber disalurkan untuk membantu mangsa banjir di kawasan terjejas
  • Seramai 336 individu daripada 111 keluarga telah dipindahkan ke lima Pusat Pemindahan Sementara
  • JPBN memantau situasi banjir di Sandakan dan Paitan
  • Sumbangan disalurkan kepada 16 mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!