Bazar Ramadan Santai BTP antara terpanjang di Malaysia
19 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kemeriahan suasana Ramadan lebih terserlah apabila Bazar Ramadan Santai Bandar Tasik Puteri (BTP) tampil dengan deretan lebih 300 gerai sepanjang melebihi satu kilometer, sekali gus antara bazar terpanjang di negara ini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai mula hadir seawal jam 4 petang bagi mendapatkan juadah pilihan untuk berbuka puasa.
Dalam pada itu, hujan lebat kira-kira jam 4.30 petang menyebabkan beberapa khemah peniaga terjejas akibat angin kencang lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BazarRamadan #BandarTasikPuteri #Rawang
