Tiga lelaki baling mercun dalam rumah warga emas diburu

Tangkap layar video tular memaparkan tiga lelaki membaling mercun ke sebuah rumah.
Tangkap layar video tular memaparkan tiga lelaki membaling mercun ke sebuah rumah.
A
A
A

SEREMBAN - Polis sedang mengesan tiga lelaki yang tular membaling mercun ke dalam rumah seorang penduduk di Taman Senawang Jaya di sini, baru-baru ini

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku lebih kurang jam 8.12 malam, Sabtu lalu.

"Melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek seramai tiga lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya telah membaling mercun ke dalam sebuah rumah warga emas.

"Laporan berkaitan kes baling mercun di Taman Senawang Jaya itu diterima pada jam1.45 petang pada Isnin," katanya kepada pemberita, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, usaha mengesan tiga suspek lelaki sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu kesalahan memiliki atau membakar mercun tanpa kebenaran.

Tambahnya, sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

"Orang amai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seremban di 06-6033222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis sedang mencari tiga lelaki yang baling mercun ke dalam rumah di Taman Senawang Jaya
  • Kejadian berlaku jam 8.12 malam, Sabtu lalu
  • Rakaman CCTV tunjukkan tiga lelaki tidak dikenali baling mercun ke rumah warga emas
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957
  • Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!