Kebebasan bersuara dijamin, jangan atasi undang-undang - Anwar

Anwar ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) di sebuah hotel malam tadi - Foto: Bernama
Anwar ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) di sebuah hotel malam tadi - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia sebagai sebuah negara majmuk tetap berpegang teguh kepada prinsip menjunjung keharmonian, menghormati setiap sensitiviti dan sentiasa bergerak dalam jalur hukum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan berbeza pandangan di negara ini sememangnya dijamin, namun tidak boleh mengatasi kepentingan perpaduan serta kedaulatan undang-undang.

Malaysia hanya akan terus aman dan makmur apabila semua pihak berpegang teguh kepada nilai saling menghormati, mematuhi peraturan dan menolak sebarang tindakan yang menggugat keharmonian nasional,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar turut berkongsi klip video ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) 2026, di sini malam tadi. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Malaysia berpegang teguh kepada prinsip menjunjung keharmonian dan menghormati setiap sensitiviti
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kebebasan bersuara dijamin dengan syarat tidak mengatasi kepentingan perpaduan
  • Keamanan dan kemakmuran negara bergantung pada nilai saling menghormati dan mematuhi peraturan
  • Penolakan terhadap tindakan yang menggugat keharmonian nasional ditekankan
  • Anwar berkongsi klip video ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!