Bank Islam rai 32 pemenang

Mizan (belakang, tengah) bergambar bersama pemenang pada Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Mega Bank Islam dan Al-Awfar 2025 di Menara Bank Islam pada Isnin.
Mizan (belakang, tengah) bergambar bersama pemenang pada Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Mega Bank Islam dan Al-Awfar 2025 di Menara Bank Islam pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau Bank) meraikan 32 pelanggan terpilih produk pembiayaan Peribadi-i, Rumah-i, Kenderaan-i dan deposit sebagai penghargaan atas kepercayaan berterusan melalui penganjuran Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Pembiayaan Mega dan Al-Awfar 2025.

Majlis itu merupakan satu inisiatif strategik yang menzahirkan komitmen bank meraikan kesetiaan mereka.

Dengan lebih 8,800 pemenang setahun, kempen Al-Awfar terus menarik perhatian pasaran menerusi minat berterusan dan bilangan penyertaan yang memberangsangkan.

Trend itu turut mencerminkan keberkesanan kempen dalam menggalakkan aktiviti transaksi serta memupuk kesetiaan jangka panjang pelanggan terhadap Bank Islam.

Antara hadiah utama yang disampaikan termasuk wang tunai RM1 juta, sebuah BMW 320i M Sport, Honda HR-V, wang tunai RM150,000 dan RM100,000, jongkong emas seberat satu kilogram serta motosikal Harley-Davidson Road Glide Special.

Sementara itu, Kempen Pembiayaan Mega 2025 menawarkan dua unit kenderaan elektrik PROTON e.MAS 7 sebagai hadiah utama, dengan seorang pemenang dipilih melalui cabutan setiap setengah tahun.

Bank Islam turut menyediakan pelbagai hadiah sampingan untuk pelanggan terpilih, secara keseluruhan, kempen itu menampilkan 102 pemenang merentasi dua fasa, dengan 51 pemenang bagi setiap fasa.

Memasuki edisi kedua penganjuran, Kempen Pembiayaan Mega 2025 menunjukkan pertumbuhan sebanyak 13.08% dalam permohonan pembiayaan Peribadi-i, Rumah-i dan Kenderaan-i Bank Islam.

Pemenang utama wang tunai RM1 juta kempen Al-Awfar, Amti Samad dari Sabah, 58, berkata, beliau tidak menyangka dirinya bertuah untuk bergelar jutawan sekelip mata dan menganggap kemenangan tersebut sebagai rezeki tidak diduga.

Artikel Berkaitan:

Pemenang utama wang tunai RM1 juta kempen Al-Awfar, Amti.
Pemenang utama wang tunai RM1 juta kempen Al-Awfar, Amti.

“Saya telah lama menyimpan di Bank Islam dan hanya mengetahui mengenai kemenangan tersebut selepas dimaklumkan oleh anak-anak saudara. Buat masa ini, saya merancang untuk menyimpan wang tersebut bagi kegunaan persaraan kerana saya dijangka bersara pada tahun hadapan,” katanya yang merupakan eksekutif mekanikal di sebuah syarikat pelabuhan di Sabah.

Sementara itu, pemenang jongkong emas seberat satu kilogram, Mohd Rizam Shamsudin, 48, berkata, beliau terkejut dan tidak menyangka akan memenangi hadiah berkenaan namun menganggap kemenangan tersebut sebagai durian runtuh.

Pemenang jongkong emas seberat satu kilogram kempen Al-Awfar, Mohd Rizam.
Pemenang jongkong emas seberat satu kilogram kempen Al-Awfar, Mohd Rizam.

“Saya juga telah lama menjadi pelanggan dan menyimpan wang dalam akaun berkenaan sejak bertahun-tahun. Kemenangan ini sememangnya tidak dijangka,” kata guru dari Pulau Pinang itu.

Bagi pemenang Kempen Pembiayaan Mega 2025 yang memenangi sebuah kenderaan elektrik Proton e.MAS 7, Azliya Ghazali, 52, berkata, beliau tidak menyangka akan memenangi hadiah tersebut kerana baru sahaja mengambil Pembiayaan Peribadi-i pada penghujung Disember lalu.

Pemenang Kempen Pembiayaan Mega 2025 yang memenangi sebuah kenderaan elektrik Proton e.MAS 7, Azliya.
Pemenang Kempen Pembiayaan Mega 2025 yang memenangi sebuah kenderaan elektrik Proton e.MAS 7, Azliya.

“Sebelum ini, saya memohon pembiayaan dengan beberapa bank lain namun tidak berjaya mendapatkan jumlah yang diperlukan. Pembiayaan itu akhirnya diluluskan oleh Bank Islam dan saya berterima kasih kepada pegawai yang banyak membantu sepanjang proses berkenaan,” katanya.

Pegawai Bertanggungjawab dan Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Bank Islam – Perbankan Runcit, Mizan Masram berkata, kempen Pembiayaan Mega dan Al-Awfar 2025 adalah salah satu cara Bank Islam menghargai pelanggan atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada kami selama ini.

Mizan Masram
Mizan Masram

“Bermula 9 Februari 2026, Al-Awfar telah dijenamakan semula sebagai AWFAR dan menjadi satu-satunya akaun transaksi di Malaysia yang menawarkan kemudahan urus niaga harian yang lebih mudah dan pantas. Dengan nilai hadiah tahunan melebihi RM15 juta, pelanggan berpeluang memenangi hadiah lumayan bernilai lebih RM1 juta setiap bulan. Selain itu, Bank Islam turut menganjurkan pelbagai kempen lain sepanjang tahun 2026.

“Pengenalan AWFAR mencerminkan komitmen berterusan Bank Islam untuk meningkatkan pengalaman perbankan serta memenuhi kehendak kewangan pelanggan yang menginginkan produk-produk pembiayaan patuh Syariah yang inovatif dan bersesuaian dengan keperluan semasa,” ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!