Lelaki buka seluar, berkelakuan tidak senonoh ketika seminar SPM ditahan

Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dengan membuka seluar ketika menghadiri seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah universiti swasta di sini pada Sabtu.
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dengan membuka seluar ketika menghadiri seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah universiti swasta di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dengan membuka seluar ketika menghadiri seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah universiti swasta di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu.

"Suspek berusia pertengahan 20-an itu telah ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di Sri Petaling di sini hari ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Rosdi berkata, motif kejadian masih dalam siasatan.

"Suspek telah direman selama tiga hari bermula Isnin sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu beberapa klip video tular di aplikasi Threads memaparkan seorang lelaki dihalau keluar daripada sebuah dewan selepas dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Dalam hantaran itu lelaki terbabit dikatakan menanggalkan seluar dan menunjukkan kemaluan ke arah pelajar perempuan yang mengikuti seminar terbabit.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki ditahan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di seminar SPM
  • Kes tersebut berlaku di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur
  • Suspek berusia pertengahan 20-an dan ditahan di Sri Petaling
  • Motif kejadian masih disiasat oleh pihak polis
  • Suspek direman selama tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!