Pembinaan rumah ibadat mesti patuh undang-undang - PM

Anwar berucap pada Konvensyen PKR Selangor 2026 di Pusat Konvensyen MPAJ, pada Sabtu. Foto Bernama
Anwar berucap pada Konvensyen PKR Selangor 2026 di Pusat Konvensyen MPAJ, pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

AMPANG JAYA - Kerajaan tidak bersetuju dengan sebarang pembinaan rumah ibadat yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan tanpa mengira kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua rumah ibadat termasuk kuil, masjid, surau dan gereja perlu mematuhi peraturan yang sama demi menjaga keharmonian dan perpaduan negara.

"Saya tegaskan saya tidak setuju dengan percambahan kuil-kuil yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Mesti ikut peraturan sama seperti masjid atau surau atau gereja, tetapi jangan timbul permusuhan, jangan langgar peraturan.

"Kalau sudah kita langgar hasilnya kebencian, masalah tidak selesai," tegasnya ketika berucap pada Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di sini, pada Sabtu.

Beliau yang juga Presiden PKR turut memberi amaran terhadap tindakan segelintir pihak yang cuba menjadi 'hero' dalam isu yang boleh menjejaskan perpaduan negara.

"Ada orang tegur sudah lama kita biarkan ia berlarutan, semua nak jadi hero sekarang tidak kira di kampung di surau, kalau pergi kuil jadi hero ekstrem.

"Tetapi akhirnya kita korbankan kepentingan perpaduan negara kita," katanya.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekali lagi meminta penganjur untuk tidak meneruskan Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam sempena lawatan rasmi Presiden India ke Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis sudah bertemu dengan penganjur perhimpunan berkenaan bagi menyampaikan kebimbangan berkaitan aspek keselamatan serta adab dan tertib negara sebagai tuan rumah kepada tetamu penting.

Bagaimanapun, penceramah bebas kontroversi, Zamri Vinoth, dilaporkan tetap menyatakan hasrat untuk meneruskan perhimpunan berkenaan walaupun terdapat gesaan daripada kerajaan supaya ia dibatalkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!