X

Kindly register in order to view this article
!

Buruh 19 tahun direman bantu kes rogol, bunuh

Suspek (dua, kanan) dikawal polis menuju ke bilik Mahkamah Majistret Bachok bagi mendapatkan perintah reman.
A
A

BACHOK - [DIKEMASKINI] Seorang buruh berusia 19 tahun ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol ibu tunggal dan bunuh seorang lelaki dalam kejadian kelmarin.

Perintah reman terhadap remaja berkenaan dikeluarkan Majistret di Mahkamah Majistret Bachok, Mohd Dinie Syazwan Ab Shukor.

Suspek ditahan kira-kira jam 10.30 pagi semalam ketika sedang tidur di sebuah rumah yang tidak jauh dari lokasi berlaku jenayah.

Remaja berusia 19 tahun ditahan di sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian pada jam 10.30 pagj semalam bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh.
Remaja berusia 19 tahun ditahan di sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian pada jam 10.30 pagj semalam bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh.

Sebelum ini, dalam kejadian jam 7 pagi kelmarin, seorang lelaki berusia 28 tahun maut ditikam manakala dua lagi cedera termasuk ibu tunggal lima anak yang dipercayai dirogol oleh individu dikenali di Kampung Mujur, Jelawat di sini.

Suspek dikatakan memecah masuk rumah wanita berusia 40-an tersebut sebelum dipercayai merogol mangsa yang sedang tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Lelaki yang maut dan cedera parah berusia 25 tahun itu dikatakan berada di rumah tersebut ketika kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ditahan bantu siasatan kes bunuh, rogol

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden, Samsulmuddin Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan tahanan reman itu dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 376 dan 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, lelaki yang maut itu ditikam di perut dan dada manakala rakannya yang parah masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf