Adam Rakib 'tidurkan' petarung Maghribi

ATLET Muay Thai negara, Adam Rakib mempamerkan aksi memukau apabila berjaya menumbangkan petarung dari Maghribi, Walid Snoussi dalam saingan ONE Friday Fights 141 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Jumaat.
Dalam pertembungan kategori Strawweight Muay Thai itu, Adam tampil dengan corak serangan agresif.
Ketangkasan Adam terbukti apabila dia berjaya menamatkan perlawanan menerusi keputusan Knockout (KO) pada pusingan kedua.
Kemenangan bergaya itu menyaksikan Adam kini menambah baik rekod peribadinya dengan mencatat tiga kemenangan daripada empat perlawanan yang telah diharunginya setakat ini.
Sebelum ini, dia merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan ketika berdepan petarung Perancis, Nahyan Mohammed dalam kategori Muay Thai.
Nama Adam juga pernah menjadi sebutan peminat sukan tempur apabila dia melakar kejutan menumbangkan bekas juara dunia kickboxing K1 dua kali dari Jepun, Toma Kuroda dalam aksi sulungnya bagi acara kickboxing di pentas berprestij tersebut.
Ringkasan AI
- Atlet Muay Thai negara, Adam Rakib berjaya menumbangkan petarung dari Maghribi, Walid Snoussi
- Pertarungan berlangsung di ONE Friday Fights 141 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand
- Adam memenangi perlawanan menerusi Knockout (KO) pada pusingan kedua
- Kemenangan ini adalah yang ketiga daripada empat pertandingan yang telah diharunginya
- Adam pernah mengalahkan bekas juara dunia kickboxing K1, Toma Kuroda dari Jepun dalam aksi sulungnya di pentas berprestij
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
