Jojo tampil aksi agresif, tundukkan Ye Yint Naung

No Image Caption
A
A
A

BINTANG sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint Naung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Jumaat.

Dalam pertarungan kategori flyweight pada aksi ONE Friday Fights 141 itu, Johan atau lebih mesra disapa Jojo menang menerusi keputusan majoriti juri.

Petarung berusia 19 tahun itu nyata menguasai gelanggang, terutamanya pada pusingan ketiga yang menyaksikan lawannya berada dalam keadaan tertekan.

Yint Naung, 21, yang kelihatan keletihan dilihat lebih banyak bertahan dan cuba melarikan diri bagi mengelak asakan bertubi-tubi yang dilancarkan oleh Johan.

Kemenangan ini menjadi pemangkin semangat buat Johan selepas mencatatkan rekod yang agak mencabar pada 2025 dengan dua kekalahan dan satu kemenangan.

Tahun lalu, Jojo berdepan permulaan perlahan apabila tewas kepada Johan Estupinan pada Januari dan lima bulan kemudian dia sekali lagi tewas, kali ini di tangan Diego Paez menerusi keputusan juri pada aksi ONE Fight Night 32, Jun lalu.

Bagaimanapun, hasil kerja keras tanpa jemu membolehkan dia kembali menemui rentak kemenangan apabila menumbangkan Zakaria El Jamari pada ONE Fight Night 35, September lalu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bintang sensasi Muay Thai, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar menang menentang Ye Yint Naung dari Myanmar di Stadium Lumpinee, Bangkok
  • Jojo kemenangan menerusi majoriti juri dalam pertarungan kategori flyweight di ONE Friday Fights 141
  • Usia Johan adalah 19 tahun dan dia menguasai gelanggang, terutamanya pada pusingan ketiga
  • Lawannya, Yint Naung, berusia 21 tahun dan keletihan, lebih banyak bertahan
  • Kemenangan ini membantu Johan bangkit dari rekod sebelumnya yang mencabar pada 2025 dengan dua kekalahan dan satu kemenangan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!