Lelaki didenda RM20,000 kerana miliki kad ATM orang lain

Seorang lelaki didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret Tawau kerana memiliki sekeping kad ATM yang bukan miliknya. - Gambar hiasan
Seorang lelaki didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret Tawau kerana memiliki sekeping kad ATM yang bukan miliknya. - Gambar hiasan
A
A
A

TAWAU - Seorang lelaki didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki sekeping kad mesin juruwang automatik (ATM) yang bukan miliknya.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Yunsa Eso Mhd Yunus, 33, selepas dia gagal memberikan alasan munasabah. Jika gagal membayar denda boleh dipenjara 18 bulan.

Berdasarkan fakta kes, polis menjalankan satu operasi khas bagi menangani aktiviti jenayah penipuan dalam talian yang menggunakan akaun bank sebagai alat menerima atau memindahkan wang hasil jenayah penipuan.

Polis telah mengenal pasti satu kumpulan individu yang dianggotai dua orang disyaki melakukan pakatan jenayah untuk mengedar, membeli dan menyewa kad ATM bank bagi menjalankan aktiviti penipuan.

Mengikut pertuduhan Yunsa Eso ditahan pada 30 Januari lepas dan dia yang bekerja sendiri sebagai pemandu, melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kampung Barisan di sini pada jam 5 petang.

Pendakwaan mengikut Seksyen 424A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda minimum RM5,000 serta maksimum RM50,000 atau penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Assistan Superintenden Jeffrey Kadisun berkata, kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius serta merugikan masyarakat, di samping menjejaskan kepercayaan terhadap sistem perbankan.

Beliau berkata, kes seumpama itu semakin kerap berlaku di Tawau dan ia pendakwaan yang pertama di sini, di bawah seksyen berkenaan.

Yunsa Eso dalam keterangan di mahkamah mengaku hanya sebagai orang tengah dan kemudian menghantar kad berkenaan kepada pihak ketiga dengan mendapatkan komisen antara RM50 hingga RM100. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki di Tawau didenda RM20,000 kerana memiliki kad ATM yang bukan miliknya
  • Dia gagal memberikan alasan munasabah dan boleh dipenjara 18 bulan jika gagal membayar denda
  • Operasi polis bertujuan menangani aktiviti jenayah penipuan dalam talian
  • Yunsa Eso terlibat dalam jenayah penipuan dengan menggunakan kad bank
  • Dia mengaku sebagai orang tengah dan mendapat komisen dari menghantar kad kepada pihak ketiga

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!