JKDM tumpas cubaan seludup masuk rokok RM9.9 juta

Rohaizad (dua, kanan) bersama pegawainya menunjukkan rokok putih yang dirampas dalam operasi di Pelabuhan Klang, Selangor pada 24 Disember 2025. Foto Bernama
Rohaizad (dua, kanan) bersama pegawainya menunjukkan rokok putih yang dirampas dalam operasi di Pelabuhan Klang, Selangor pada 24 Disember 2025. Foto Bernama
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menumpaskan cubaan menyeludup masuk rokok bernilai RM9.9 juta selepas menahan sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor pada 24 Disember tahun lepas.

Pengarah JKDM negeri, Datuk Rohaizad Ali berkata, kontena dari Vietnam itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan pada 10.40 pagi dan pemeriksaan menemukan 930 kotak bertulis Furniture (perabot).

"Daripada jumlah itu, 908 kotak didapati mengandungi 9.08 juta batang rokok putih disyaki barangan larangan bernilai RM9.9 juta termasuk duti kastam manakala 22 kotak lagi mengandungi perabot,” katanya pada sidang media di Kompleks Pencegahan Negeri di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, modus operandi sindiket itu ialah membuat pengikraran tidak betul dengan menyembunyikan rokok yang dipercayai untuk pasaran tempatan di dalam kotak kononnya membawa perabot.

Rohaizad berkata, pengimportan rokok dibenarkan tertakluk kepada permit import selaras kehendak di bawah Bahagian II, Jadual III Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Beliau berkata, siasatan lanjut termasuk bagi mengenal pasti individu terlibat masih dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • JKDM Pulau Pinang menumpaskan cubaan menyeludup masuk rokok bernilai RM9.9 juta di Pelabuhan Klang
  • Kontena dari Vietnam ditahan, 930 kotak bertulis Furniture ditemukan mengandungi rokok
  • 908 kotak mengandungi 9.08 juta batang rokok putih, 22 kotak lagi mengandungi perabot
  • Sindiket menyembunyikan rokok dalam kotak kononnya membawa perabot
  • Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!