KPKM lulus import daging khinzir dari Brazil, Thailand

KPKM menerusi DVS meluluskan pengimportan daging khinzir dari Brazil dan Thailand sebagai langkah menampung keperluan bekalan daging khinzir di pasaran tempatan semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina.
KPKM menerusi DVS meluluskan pengimportan daging khinzir dari Brazil dan Thailand sebagai langkah menampung keperluan bekalan daging khinzir di pasaran tempatan semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina.
A
A
A

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) meluluskan pengimportan daging khinzir dari Brazil dan Thailand sebagai langkah menampung keperluan bekalan daging khinzir di pasaran tempatan semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina.

KPKM menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa semua daging khinzir yang diimport tertakluk kepada pematuhan kawalan keselamatan makanan serta prosedur operasi standard (SOP) kesihatan veterinar yang telah ditetapkan.

Langkah itu bertujuan memastikan bekalan makanan import kekal selamat untuk pengguna, selain mengurangkan risiko penularan penyakit ke dalam negara.

“Para pengimport tempatan boleh merujuk laman sesawang rasmi DVS bagi mendapatkan senarai tiga abatoir yang diluluskan di Brazil serta empat abatoir yang diluluskan di Thailand bagi tujuan pengimportan daging khinzir tersebut,” menurut kenyataan itu.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan meluluskan pengimportan daging khinzir dari Brazil dan Thailand
  • Ini sebagai langkah menampung keperluan bekalan daging khinzir semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina
  • Semua daging khinzir import tertakluk kepada pematuhan prosedur keselamatan makanan dan SOP kesihatan veterinar
  • Tujuannya adalah untuk memastikan bekalan makanan import selamat dan mengurangkan risiko penyakit
  • Para pengimport boleh merujuk kepada laman sesawang rasmi DVS untuk senarai abatoir yang diluluskan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!