Ronaldo memberontak kerana isu gaji tertunggak

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

KRISIS antara Cristiano Ronaldo dan pengurusan tertinggi bola sepak Arab Saudi semakin meruncing apabila bintang bola sepak itu dilaporkan sedia meneruskan tindakan memboikot perlawanan melibatkan pasukannya, Al Nassr.

Menurut laporan media Portugal, A BOLA, Ronaldo kini sedang menunggu tindakan segera daripada Dana Pelaburan Awam (PIF) Saudi untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku sebelum bersetuju untuk kembali ke padang.

Difahamkan, tindakan protes pemain berusia 39 tahun itu bukan sahaja berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kurangnya pelaburan PIF ke dalam skuad Al Nassr berbanding pesaing utama mereka, Al Hilal, malah kini ia melibatkan isu yang lebih serius iaitu tunggakan gaji.

Sumber mendedahkan kepada A BOLA bahawa kapten skuad kebangsaan Portugal itu merasakan tiada perubahan sikap yang positif ditunjukkan oleh pihak PIF.

"Keadaan menjadi lebih tegang apabila masalah kekurangan dana perpindahan pemain kini diburukkan lagi dengan laporan kelewatan pembayaran gaji yang ketara," kata sumber itu.

Ronaldo dilaporkan bertegas untuk menunggu sehingga situasi kewangan dan pengurusan diselesaikan sepenuhnya sebelum membuat keputusan untuk kembali beraksi secara kompetitif.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Krisis antara Cristiano Ronaldo dan pengurusan bola sepak Arab Saudi meningkat
  • Ronaldo memboikot perlawanan kerana ketidakpuasan dengan pelaburan kurang dari PIF kepada Al Nassr
  • Kemelut melibatkan isu tunggakan gaji selain dari kekurangan pelaburan
  • Ronaldo menuntut tindakan segera dari PIF untuk menyelesaikan masalah ini
  • Ronaldo akan menunggu sehingga situasi diselesaikan sepenuhnya sebelum kembali bermain

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!