Guru di Paris parah ditikam pelajar di sekolah

PARIS - Seorang guru di Perancis cedera parah selepas ditikam oleh seorang pelajar dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Sanary-sur-Mer, selatan Perancis.
Menteri Pendidikan Perancis, Edouard Geffray, menerusi satu hantaran di platform X memaklumkan beliau segera menuju ke sekolah berkenaan sejurus dimaklumkan mengenai insiden tersebut.
Menurut laporan RTL yang memetik Pejabat Pendakwa Raya Toulon, mangsa merupakan seorang guru seni berusia 60 tahun yang ditikam beberapa kali oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.
Difahamkan kejadian itu berlaku ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung.
Suspek telah ditahan oleh pihak polis, manakala guru berkenaan yang berada dalam keadaan kritikal telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Sementara itu, saluran berita BFMTV melaporkan bahawa Pendakwa Raya Var mengesahkan tiada unsur keagamaan atau politik dikenal pasti sebagai punca serangan tersebut.
Motif kejadian masih dalam siasatan.
Ringkasan AI
- Seorang guru di Perancis cedera parah selepas ditikam oleh seorang pelajar di Sanary-sur-Mer
- Menteri Pendidikan Perancis, Edouard Geffray, menerusi platform X memaklumkan beliau akan ke sekolah tersebut
- Mangsa adalah seorang guru seni berusia 60 tahun, ditikam oleh pelajar lelaki 14 tahun
- Kejadian berlaku ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung
- Tiada unsur keagamaan atau politik sebagai punca serangan, motif masih disiasat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

