Kerajaan interim Venezuela digelar mafia

Machado (kiri) sedia bertemu Rodriguez jika ada keperluan untuk saling bertukar idea. Foto Agensi
Machado (kiri) sedia bertemu Rodriguez jika ada keperluan untuk saling bertukar idea. Foto Agensi
A
A
A

CARACAS – Pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado, dengan lantang menyindir kerajaan sementara pimpinan Delcy Rodriguez dengan konotasi negatif.

“Mereka mungkin ada nama lain, tetapi mereka tetap mafia,” kata penerima Hadiah Nobel Keamanan 2025 itu pada Isnin.

Machado bagaimanapun berkata beliau bersedia bertemu presiden interim tersebut untuk bertukar idea sekiranya terdapat keperluan bagi menentukan ‘garis masa peralihan’.

Rodriguez yang disokong Amerika Syarikat (AS) turut mengumumkan barisan baharu kerajaan dengan melantik beberapa anggota Kabinet dalam kalangan kroni beliau selepas penggulingan Nicolas Maduro pada bulan lalu.

Beliau turut bersemuka dengan Ketua Misi Sementara Washington ke Caracas, Laura Dogu, bagi membincangkan ‘rancangan peralihan’ yang masih menyaksikan campur tangan AS.

Pertemuan itu disahkan oleh Dogu menerusi platform X yang berkongsi perancangan berkaitan ‘penstabilan, pemulihan ekonomi dan perdamaian’ di negara Amerika Latin tersebut.

Pelantikan itu dibuat oleh bekas Naib Presiden berkenaan selepas beliau menyingkirkan sekutu Maduro, termasuk individu yang menerajui kepimpinan tentera. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado, menyindir kerajaan sementara pimpinan Delcy Rodriguez
  • Maria Corina Machado, penerima Hadiah Nobel Keamanan 2025, bersedia bertemu presiden interim untuk bertukar idea
  • Delcy Rodriguez, disokong AS, melantik anggota Kabinet dari kalangan kroni selepas penggulingan Nicolas Maduro
  • Rodriguez bertemu Ketua Misi Sementara Washington ke Caracas untuk membincangkan rancangan peralihan
  • Pelantikan Kabinet dan perbincangan mencakupi penstabilan, pemulihan ekonomi, dan perdamaian di Venezuela

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!