GPS fokus bantu rakyat, tarikh pilihan raya bukan keutamaan - Fadillah

Fadillah menjawab pertanyaan pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada warga emas dan orang kurang upaya di Dewan SUPP Jalan Sungai Tengah, Matang pada Sabtu. Foto Bernama
Fadillah menjawab pertanyaan pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada warga emas dan orang kurang upaya di Dewan SUPP Jalan Sungai Tengah, Matang pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memberikan tumpuan kepada usaha membantu dan berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira soal tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak seterusnya akan diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Ketua Whip GPS berkata, gabungan itu tidak bekerja semata-mata ketika menghadapi pilihan raya, sebaliknya berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa.

"Kita lihat pilihan raya itu sebagai satu cara kita kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menilai tahap kerja kita selama ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan Tahun Baharu Cina kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di sini pada Sabtu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini yang dilaporkan berkata Sarawak dijangka mengadakan Pilihan Raya Negeri pada tahun ini.

Fadillah berkata, Pilihan Raya Negeri Sarawak boleh diadakan pada bila-bila masa termasuk pada tahun ini kerana tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak akan berakhir pada Feb 2027.

Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 diadakan pada 18 Disember 2021. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gabungan Parti Sarawak akan terus berkhidmat untuk rakyat tanpa kira tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak
  • Kerja GPS tidak terhad pada musim pilihan raya sahaja tetapi sepanjang masa
  • Pilihan raya dianggap sebagai cara untuk rakyat menilai prestasi kerja GPS
  • Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan Sarawak mungkin mengadakan pilihan raya negeri pada tahun ini
  • Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak akan berakhir pada Feb 2027, memungkinkan pilihan raya diadakan bila-bila masa termasuk tahun ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!