Disangka mati, budak usia empat tahun ditinggalkan di hutan

Suspek dibawa ke kawasan hutan dan disoal siasat tentang kejadian itu. Foto: Agensi
Suspek dibawa ke kawasan hutan dan disoal siasat tentang kejadian itu. Foto: Agensi
A
A
A

LOP BURI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui hidup dalam keadaan cedera parah selepas dipercayai didera sebelum ditinggalkan di hutan oleh teman lelaki neneknya yang menyangka mangsa telah meninggal dunia.

Menurut laporan Thaiger, kanak-kanak itu ditemui polis di wilayah Lop Buri kira-kira jam 11 pagi, Selasa selepas operasi pencarian besar-besaran dilancarkan susulan laporan kehilangannya.

Nenek mangsa, Banjong, 57, membuat laporan di Balai Polis Chaibadan kira-kira jam 3.30 petang Isnin lalu dan memaklumkan cucunya, Pipo, hilang dari rumah mereka di daerah Chaibadan.

Menurut polis, mangsa ditemui terbaring di hutan berhampiran sebuah sekolah dengan kesan calar di seluruh badan, kecederaan serius di kepala serta keletihan melampau.

Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu membawa kepada penahanan teman lelaki Banjong, Armin, 31, yang dikenal pasti sebagai suspek utama.

Kanak-kanak terbabit menerima rawatan selepas diselamatkan. Foto: Agensi
Kanak-kanak terbabit menerima rawatan selepas diselamatkan. Foto: Agensi

Rakaman menunjukkan lelaki itu menunggang motosikal roda tiga meninggalkan rumah bersama mangsa sebelum kembali bersendirian.

Ketika kehilangan mangsa mula dilaporkan, Armin didakwa berbohong kepada keluarga dengan mendakwa melihat sebuah trak pikap hitam mencurigakan berhampiran rumah dan menyatakan kanak-kanak itu mungkin diculik kumpulan jenayah.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, ketika disoal siasat, suspek mengaku memukul mangsa.

Dia mendakwa kanak-kanak itu terjatuh dari motosikal sisi dan menangis kuat sehingga menimbulkan kemarahannya.

Suspek kemudian menghentak kepala mangsa pada kenderaan sehingga tidak sedarkan diri.

Percaya bahawa kanak-kanak itu telah meninggal dunia, suspek meninggalkannya di kawasan hutan.

Suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut dan kini didakwa atas tuduhan cubaan membunuh.

Mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.

Ringkasan AI

  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui hidup dengan cedera parah setelah didera dan ditinggalkan di hutan oleh teman lelaki neneknya
  • Kanak-kanak itu ditemui polis di wilayah Lop Buri selepas laporan kehilangannya menyebabkan operasi pencarian besar-besaran
  • Nenek mangsa membuat laporan kehilangan cucunya di Balai Polis Chaibadan
  • CCTV menunjukkan suspek meninggalkan rumah bersama mangsa sebelum kembali bersendirian, memimpin kepada penahanannya
  • Suspek mengaku memukul mangsa dan meninggalkannya di hutan, kini didakwa atas tuduhan cubaan membunuh

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!