Karangkraf Ramadan Bookfest temui pengunjung: Destinasi buku, persiapan Ramadan

Karangkraf Ramadan Bookfest bakal temui pengunjung bermula Jumaat. Gambar kecil: Nurul Farehah
Karangkraf Ramadan Bookfest bakal temui pengunjung bermula Jumaat. Gambar kecil: Nurul Farehah
A
A
A

SHAH ALAM – Bagi menyemarakkan lagi bulan puasa yang bakal tiba, Buku Karangkraf tampil membawakan Karangkraf Ramadan Bookfest yang akan berlangsung bermula 30 Januari hingga 8 Februari ini di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 di sini.

Eksekutif Pemasaran Buku Karangkraf, Nurul Farehah Mohd Lokman berkata, program yang bermula jam 9 pagi hingga 7 malam itu dipenuhi dengan pengisian aktiviti dan jualan yang memfokuskan kepada persiapan bulan berkenaan.

"Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang program khususnya pada hujung minggu, termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak yang diadakan dua sesi sehari.

“Selain pertandingan mewarna, kita turut mengadakan tazkirah atau perkongsian Ramadan bersama Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Zarifi Daud, Bengkel Hafal al-Quran dalam 3 Jam bersama Ustaz Amiro Safwan serta program berkaitan buku Tadabbur selain Aplikasi Surah Yasin bersama Ustaz Fazrul Ismail.

Persiapan bagi Karangkraf Ramadan Bookfest hampir 100 peratus.
Persiapan bagi Karangkraf Ramadan Bookfest hampir 100 peratus.

"Dari segi jualan, kita menampilkan pelbagai pilihan al-Quran dengan lebih 40 variasi, termasuk al-Quran tajwid berwarna, terjemahan perkata, per juzuk serta terjemahan bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelbagai peringkat," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Ujar Nurul Farehah, selain buku agama, pengunjung juga masih boleh mendapatkan novel, buku kanak-kanak, komik dan judul-judul lain terbitan Karangkraf serta 10 judul buku baharu yang pertama kali dikeluarkan sempena Bookfest kali ini.

Mengulas mengenai tawaran harga, beliau berkata, diskaun sehingga 25 peratus ditawarkan untuk pembelian buku dan al-Quran, selain pakej istimewa al-Quran bersama rehal yang lebih berbaloi bagi persiapan Ramadan.

Artikel Berkaitan:

Karangkraf Ramadan Bookfest akan berlangsung bermula 30 Januari hingga 8 Februari ini di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Karangkraf Ramadan Bookfest akan berlangsung bermula 30 Januari hingga 8 Februari ini di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

Selain bahan bacaan, pelbagai barangan keperluan ibadah turut dijual termasuk telekung, sejadah, sejadah mini dan kurma, menjadikan Karangkraf Ramadan Bookfest sesuai dikunjungi seisi keluarga.

Dalam pada itu, Nurul Farehah berkata, beberapa pertandingan juga dianjurkan melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah, antaranya pertandingan nasyid dengan kerjasama Sinar Bestari.

Ringkasan AI

  • Karangkraf Ramadan Bookfest akan berlangsung dari 30 Januari hingga 8 Februari ini di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam
  • Program itu menawarkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, tazkirah, bengkel Hafal al-Quran dan program tadabbur
  • Pelbagai pilihan al-Quran disediakan dengan lebih 40 variasi termasuk al-Quran tajwid berwarna dan terjemahan
  • Diskaun sehingga 25 peratus ditawarkan untuk pembelian buku dan al-Quran, termasuk pakej istimewa
  • Barangan keperluan ibadah seperti telekung, sejadah dan kurma turut dijual, menjadikannya sesuai untuk kunjungan seisi keluarga

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!