UpScrolled kian popular, jadi pesaing TikTok

Paparan suapan (feed) kelihatan sama seperti Instagram dan X.
Paparan suapan (feed) kelihatan sama seperti Instagram dan X.
A
A
A

WASHINGTON - Perubahan pemilikan TikTok di Amerika Syarikat (AS) menyaksikan ramai pengguna kini beralih kepada platform alternatif, UpScrolled.

Aplikasi yang diasaskan ahli teknologi Palestin-Australia, Issam Hijazi pada Jun 2025 itu semakin mendapat perhatian selepas ia turut menawarkan ciri sama seperti Instagram dan X yang membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video serta menghantar mesej secara langsung.

UpScrolled telah mencatat lonjakan muat turun yang ketara sehingga ia mencapai kedudukan tertinggi di carta App Store di beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia.

"Aplikasi tersebut direka dengan paparan kronologi tanpa pengaruh algoritma dan memberi tumpuan kepada keterbukaan serta kawalan pengguna terhadap kandungan mereka sendiri.

"Ia juga disokong oleh komuniti global termasuk inisiatif Tech for Palestine yang menyokong kebebasan suara digital," menurut laporan media.

Sehingga Rabu, UpScrolled berada di tangga pertama kategori 'rangkaian sosial' App Store mengatasi Threads, WhatsApp dan TikTok. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perubahan pemilikan TikTok di AS menyebabkan pengguna beralih ke UpScrolled
  • UpScrolled, diasaskan oleh Issam Hijazi pada Jun 2025, menawarkan ciri serupa Instagram dan X
  • Aplikasi ini mencapai kedudukan tertinggi di App Store di negara-negara seperti AS, Britain, dan Australia
  • Dirancang dengan paparan kronologi tanpa algoritma untuk memberi kawalan lebih kepada pengguna
  • Didukung oleh komuniti global dan inisiatif Tech for Palestine yang menyokong kebebasan suara digital

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!