Penggal kepala rakan sekerja gara-gara cemburu

AGRA – Seorang lelaki berusia 30 tahun, Vinay Singh, ditahan polis selepas dipercayai membunuh rakan sekerjanya, Minky Sharma, 32, yang bekerja sebagai Pengurus Sumber Manusia (HR) di pejabat yang sama di Sanjay Place, Agra, India.
Insiden tragis itu berlaku susulan pertengkaran akibat cemburu dan kecurigaan terhadap hubungan Sharma dengan lelaki lain.
Menurut polis, pada 23 Januari lalu, Singh memanggil Sharma ke pejabat sebelum menikam leher mangsa hingga maut.
Selepas itu, Singh memotong anggota tubuh mangsa, memenggal kepala dan memasukkannya ke dalam sebuah beg guni, kemudian cuba membuang potongan tubuh mangsa ke Sungai Yamuna.
Suspek kemudian dilaporkan gagal mengangkat beg berisi tubuh tersebut, kemudian meninggalkannya di Jambatan Jawahar, manakala kepala, pakaian, telefon bimbit dan beg mangsa dibuang di longkang berdekatan.
Polis Agra mengesahkan penggunaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membantu menjejaki suspek, yang menggunakan motosikal mangsa untuk mengangkut beg guni berkenaan.
Singh mengaku melakukan pembunuhan tersebut, mendedahkan bahawa hubungan mereka bertahan lebih dua tahun tetapi sering bergaduh kerana kecurigaan terhadap mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 103(1) (pembunuhan) dan 238 (penghapusan bukti) Kanun Jenayah India, bersama Seksyen berkaitan Akta Senjata.
Polis telah mengambil pakaian mangsa dan pisau yang digunakan dalam jenayah tersebut, dengan usaha diteruskan untuk mendapatkan bukti tambahan.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Bandaraya, Sayed Ali Abbas Sayed Ali Abbas berkata, Singh sebenarnya ingin menikahi mangsa, tetapi hasratnya ditolak, memicu tragedi yang menggegarkan Agra dan menyorot bahaya hubungan peribadi di tempat kerja yang bertukar tragedi. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang lelaki, Vinay Singh, ditahan kerana membunuh rakan sekerjanya, Minky Sharma di Agra, India
- Pembunuhan itu berakar dari cemburu dan kecurigaan terhadap hubungan Sharma dengan lelaki lain
- Singh menikam leher Sharma hingga maut, memotong anggota tubuh, dan mencuba membuangnya ke Sungai Yamuna
- Penggunaan rakaman CCTV membantu polis menjejaki Singh yang menggunakan motosikal mangsa untuk mengangkut tubuh
- Singh mengaku melakukan pembunuhan dan mengungkapkan hubungan mereka yang sering bergaduh, kes disiasat di bawah Kanun Jenayah India
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

