Tiga kawasan di Pengerang terbakar, libatkan 391 hektar tanah

Kebakaran di Taman Bayu Damai bermula sejak Jumaat lalu.
Kebakaran di Taman Bayu Damai bermula sejak Jumaat lalu.
A
A
A

KOTA TINGGI – Tiga kebakaran besar melibatkan kira-kira 391 hektar tanah berlaku di kawasan Pengerang sejak Jumaat lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Muhammad Al Mustakim Abdul Hady berkata, kebakaran paling teruk dan kritikal berlaku di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai.

Menurutnya, kebakaran tersebut melibatkan tanah gambut dan operasi pemadaman masih diteruskan sehingga kini, memasuki hari keenam.

Operasi pemadaman masih diteruskan sehingga kini.
Operasi pemadaman masih diteruskan sehingga kini.

“Dua lagi lokasi kebakaran membabitkan Kampung Lepau, yang masih dalam proses pemadaman, serta tapak pengumpulan sampah di Jalan Tuatau, Bandar Penawar yang telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada Selasa.

“Terdapat juga beberapa kawasan lain yang terbakar seperti di Batu Pahat dan Tanjung Sedeli (Kota Tinggi) semalam, namun kesemuanya telah berjaya dipadamkan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Bomba, Taman Bayu Damai di sini pada Rabu.

Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Taman Bayu Damai Pengerang Kota Tinggi.
Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Taman Bayu Damai Pengerang Kota Tinggi.

Artikel Berkaitan:

Kebakaran di Taman Bayu Damai bermula sejak Jumaat lalu dan setakat jam 12 tengah hari ini seramai 153 penduduk melibatkan 50 keluarga telah dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Penduduk terlibat ditempatkan di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapal sejak Sabtu.

Ringkasan AI

  • Tiga kebakaran besar melibatkan kira-kira 391 hektar tanah berlaku di Pengerang sejak Jumaat lalu
  • Kebakaran paling teruk berlaku di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, melibatkan tanah gambut dan operasi pemadaman masih berlangsung
  • Dua lokasi lain adalah Kampung Lepau dan tapak pengumpulan sampah di Jalan Tuatau, Bandar Penawar; yang terakhir telah berjaya dipadamkan
  • Terdapat kebakaran di kawasan lain seperti Batu Pahat dan Tanjung Sedeli yang telah berjaya dipadamkan
  • Seramai 153 penduduk melibatkan 50 keluarga telah dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara di Taman Bayu Damai dan SK Sungai Kapal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!